Fais-SKA

Friday 5 April 2013

Buat Pengguna Jalan Raya

Selamat malam semua. Tadi sempat bermukabuku jap, sambil tu ambe jenguklah ke page Yamaha 135Lc Malaysia. Nak jugak tengok isu semasa tentang motorsikal, dah hobi ambe minat dengan motor hehehe. Dipendekkan cerita ambe terbacalah 1 post yang berkaitan dengan pengguna jalan raya. Boleh dikatakan ianya luahan si penunggang motosikal yang berbentuk luahan bersurat. Jum sama-sama baca surat ni.

Penunggang Motosikal,
Seluruh Negeri,
Malaysia.
_____________________________________________________
Kepada Pemandu Kenderaan 4 tayar dan ke atas,
Seluruh Negeri,
Malaysia.

Tuan/Puan

Saya mewakili penunggang motorsikal
seluruhnya ingin berpesan dan berkongsi
kepada pemandu-pemandu kereta yang
tidak pernah berpengalaman menjadi
penunggang motorsikal atau yang tidak
memahami perasaan menjadi penunggang
motorsikal bahawa:
Kami berhak menunggang motorsikal di
dalam lorong utama. Bukan hanya
menunggang di lorong kecemasan. Kerana
kami juga bayar cukai JALAN. Bukan cukai
LORONG KECEMASAN. Tidak perlu
bunyikan hon atau nyalakan lampu tinggi
kepada kami.

2) Jika pemandu kereta ingin memotong
kereta di hadapan, dan ada penunggang
motor di laluan bertentangan, kami layak di
hormati. Jangan memotong dengan
tanggapan bahawa kami kecil dan boleh
mengelak.

3) Di kawasan sesak, tolong lihat belakang
dan sisi terlebih dahulu sebelum menukar
lorong, sebab yang parah bukan anda tapi
kami.

4) Penunggang motorsikal seperti kami
BUKAN mat rempit. Kami layak dihormati
sama seperti orang lain.

5)Kepada pemandu kereta yang merokok,
jangan sesuka hati mencampakkan puntung
rokok ke luar tingkap. Perhatikan dahulu
jika ada penunggang motorsikal atau
pengguna jalanraya yang lain. Puntung
rokok yang masih berbara itu
berkemungkinan termasuk ke dalam
pakaian penunggang motorsikal dan
membahayakan kami.

6) Jangan hina kami hanya kerana kami
menunggang motorsikal. Allah dah
turunkan rezeki masing-masing. Tak perlu
berbangga dengan harta dunia.

Sekian.

Yang menunggang motorsikal..

________________________________________________________________________

Dah habis baca?? Macam mana?? Betul jugak kan luahan si penunggang motorsikal ni. Setiap orang berhak beri pendapat dan luahan masing-masing. Kadang-kadang, sesetengah masyarakat ni melabelkan penunggang motorsikal sebagai "REMPIT". Untuk pengetahuan umum, tak semua macam tu. Kereta pun ada jugak yang bawak cam "setan" tau, malah lagi teruk. Ingat balik zaman-zaman dahulu, ayah dan atuk kita pun guna motorsikal jugak kan. Bagi orang yang tak berkemampuan, memang motorsikal jadi pilihan mereka untuk kemana sahaja even diorang tahu yang risiko penunggang motorsikal lebih besar dari kenderaan beroda 4 keatas. Ambe pun salah sorang penunggang motorsikal, jadi sama-samalah kite hormati satu sama lain. Tak rugi pun kalau kita hormat menghormati dan saling bertolak ansur kan..kan..kan. Wassalam :) 

kecian, Jom sama-sama elakkan. Hargai nyawa anda dan nyawa orang lain.



Hahahaha..kretif betul :) baru tahu asal usul signboard ni.

Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)

2 comments:

  1. Salam tuan,
    Ada kebenaran keluhan penunggang motorsikal ini krn saya juga pernah mengalaminya. Mereka ini umpama timun, dilanggar atau melanggar, merekalah yg teruknya. Saling menghormati di jalan raya...itulah kunci keselamatan bersama.

    ReplyDelete
  2. wksmalam :) hu3 jgn b'tuan dgn ambe..hmm biasa la tu en.Bin Muhammad, risiko pnunggang motorsikal ni mmg tggi..xmustahil rekod kmalangan jalan rya tertinggi adalah pnunggang motorsikal..yg pntg berhati-hatilah..

    ReplyDelete